Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila Razali gementar nak masak untuk suami

    Di sebalik rasa teruja, penyanyi Nabila Razali gementar menyambut Ramadan buat pertama kali bersama suaminya Nik Iruwan Nik Izani.

    Kata Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 32, antara menjadi kebimbanganya adalah menyediakan juadah sahur buat suami tercinta.

    “Sebagai seorang wanita sudah berkahwin, mestilah nak rasa masak sahur untuk suami. Saya memang gementar dan hari pertama berpuasa saya mula masak pukul 2 pagi.

    “Disebabkan takut terlajak tidur dan tak sempat nak masak, saya lakukan persiapan awal.

    “Jadi hari itu memang kami sahur awal sekitar pukul 3 pagi.

    Suami Nabila tidak cerewet dalam memilih hidangan sahur. – mStar

    “Sekarang dah biasa, jadi saya tahu untuk bahagikan masa. Suami juga tidak cerewet.

    “Kami selalu makan lewat malam dan hanya bangun sahur dengan mengambil kurma sahaja,” katanya kepada mStar.

    Nabila berkongsi pengalaman itu ketika majlis pelancaran lagu raya berjudul Raya Mana? yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada Khamis.

    Penyanyi itu sah bergelar isteri kepada Nik Iruwan, 39, pada 18 November tahun lalu dan majlis pernikahan berlangsung di Bukit Tinggi, Pahang.

    Bercerita tentang karya ciptaan Ezra Kong itu, Nabila memberitahu ia merupakan lagu raya pertama Nabila Razali sepanjang bergelar anak seni. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda