Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila Razali letak syarat balik kerja sebelum 10 malam

    Penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui meletakkan syarat tertentu sebelum menerima sebarang tawaran lakonan kerana mahu membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

    Menurut Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, tempoh penggambaran yang terlalu panjang boleh menjejaskan prestasi serta kualiti kerjanya.

    “Kalau ikutkan memang ada letakkan syarat sebelum terima tawaran lakonan. Tapi saya faham susah juga nak ikut masa kita sahaja. Jujurnya kalau boleh saya nak balik paling lewat pukul 10 malam. Bukan sebab anak semata-mata kerana orang lain pun ada anak. Tapi saya rasa tenaga yang diperlukan cukup dari 10 pagi sehingga 10 malam.

    “Kalau kerja lebih dari 12 jam saya sendiri tak mampu berikan hasil kerja terbaik. Lagipun saya pentingkan kualiti daripada kuantiti,” katanya kepada mStar.

    Selepas hampir setahun berehat kerana hamil dan melahirkan anak, Nabila berkata dia sudah bersedia untuk kembali menerima tawaran berlakon. Katanya, drama Me.N.U menjadi naskhah pertamanya selepas kembali aktif dalam dunia lakonan.

    “Alhamdulillah sekarang dah dapat rentak nak bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Saya takut juga nak tinggalkan bidang lakonan terlalu lama sebab ramai juga mengenali saya daripada situ. Jadi sebab itu saya terima tawaran drama Me.N.U supaya orang tak lupa yang saya masih berlakon,” jelasnya.

    Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahwan, Nik Iruwan Nik Izani, pada 18 November 2023. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Nik Muhammad yang kini berusia 10 bulan. – Agensi

    Nabila mahu aktif di bidang nyanyian serta lakonan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda