Jumaat, November 21, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila Razali tegur sikap kurang senang dengan kebaikan orang

    Penyanyi Nabila Razali tampil menegur sesetengah pihak yang sering bersikap kurang senang atas kebaikan orang lain.

    Bagi Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 33, orang ramai tidak seharus terlalu cepat menghukum mana-mana individu yang berkongsi kebaikan di sosial media.

    “Saya faham kalai orang buat jahat memang kena kecam. Tetapi kalau buat baik dan sebarkan kebaikan, masih cari alasan untuk kecam. Susah sangat ke nak menjadi manusia yang tengok kebaikan orang lain tanpa ada rasa sakit hati?

    “Mungkin orang yang buat baik itu betul-betul ikhlas. Tetapi hati kita yang tak tenang ini rasa seperti ia menunjuk-nunjuk,” katanya.

    Nabila meluahkan perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya kelmarin.

    Sebelum itu melalui beberapa status di Threads, penyanyi ini berkongsi pendapat tentang perbuatan baik seseorang namun perkara itu mendapat banyak komen dalam kalangan warganet.

    Menjelaskan hal sebenar, Nabila juga menegaskan hantaran tersebut tiada kaitan dengan mana-mana individu lain.

    “Saya post di Threads dan secara umum tanpa tuju kepada sesiapa. Entah kenapa orang komen yang tidak-tidak di situ. Masalahnya sekarang bukan pada orang yang buat baik, tetapi pada diri sendiri.

    “Kalau terus nak cari kesalahan orang lain, teruskan. Mungkin itu cara nak buat rasa awda lebih baik,” luahnya. – Agensi

    Nabila tegur sikap negatif di media sosial. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda