Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nabila sunyi, belum bertemu jodoh

    Andai bertemu jodoh, penyanyi Nabila Razali, 30, tidak akan menyembunyikan berita gembira daripada pengetahuan umum, suatu hari nanti.

    Penyanyi lagu Aku Terluka itu berkata, perkara baik seharusnya dikongsikan bersama. Justeru, dia sendiri akan melayangkan undangan secara peribadi kepada insan yang banyak menyokong kerjaya seninya.

    “Saya mahu berterus-terang sahaja kerana perkahwinan adalah perkara baik. Bagi saya, benda baik harus dikongsikan kerana tidak sama dengan undangan acara makan-makan.

    “Saya juga mahukan ahli keluarga, rakan dan peminat mendoakan yang baik-baik untuk saya, jadi berita gembira kenalah beritahu.

    “Lagipun, saya mahu hari bersejarah dalam hidup dikelilingi oleh insan yang sering menyokong kerjaya dari awal pembabitan sehingga hari ini,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, wanita kelahiran Petaling Jaya itu berkata, itu bukanlah bermakna sudah bersedia untuk ke jenjang pelamin dalam waktu terdekat. Sebaliknya, katanya, dia masih belum menemui ‘putera idaman’. Bukan memilih, tetapi sejak putus cinta lebih enam tahun lalu ketika masih menuntut di universiti, tiada mana-mana jejaka yang cuba mendekati.

    “Memang tiada lelaki istimewa dalam hidup saya, buat masa ini. Jujurnya, saya terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja.

    “Sebelum ini, saya ada juga berkawan, tetapi hubungan tidak seperti pasangan bercinta sampai keluar ‘dating’ dan sebagainya. – Bernama

    Nabila berkongsi, tiada mana-mana jejaka yang cuba mendekati selepas putus cinta enam tahun lalu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda