BREMEN, 18 JULAI – Bekas pemain tengah Liverpool, Naby Keita akan terlepas permulaan musim untuk Werder Bremen selepas mengalami kecederaan ketika membuat persiapan untuk perlawanan persahabatan.
Keïta yang berusia 28 tahun mengalami masalah pangkal paha sebelum perlawanan Ahad lalu menentang VfB Oldenburg, menyebabkan dia terlepas perlawanan itu.
Jurulatih Bremen Ole Werner berkata pada masa itu ia adalah langkah berjaga-jaga, tetapi kelmarin, ia menjadi jelas bahawa kecederaan itu lebih serius apabila kelab mengumumkan dia akan terlepas ‘beberapa minggu’.
“Kami harus menganggap bahawa Naby tidak akan tersedia untuk kami untuk perlawanan pertama musim ini,” kata Werner.
Pemain antarabangsa Guinea, Keïta menyertai Bremen secara percuma dari Liverpool pada Jun lalu. Dia hanya bermain sebanyak 13 perlawanan untuk kelab Liga Perdana Inggeris itu musim lalu disebabkan oleh kecederaan. – AP


