Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nada tinggi Dimash pukau 6,000 penonton

    Kehebatan penyanyi asal Kazakhstan iaitu Dimash Qudaibergen yang tampil dengan persembahan bertenaga selama tiga jam di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam benar-benar memberi kepuasan kepada penonton.

    Seramai 6,000 penonton yang hadir kagum dengan kebolehan Dimash yang cukup terkenal dengan vokal nada tingginya sehingga ada meluahkan rasa tidak percaya penyanyi itu mampu mengadakan persembahan dengan durasi panjang namun masih dapat mengekalkan tenaga sepanjang konsert.

    Menerusi konsert Dimash Qudaibergen Live In Malaysia, penyanyi berusia 29 tahun itu menyampaikan lebih daripada 20 buah lagu popularnya.

    Pembukaan persembahan Dimash dimulakan dengan lagu Golden, Zhalyn, If I Never sebelum diteruskan dengan lagu Olimpico, Battle of Memory dan Ave Maria.

    Apa membuatkan penonton bertambah kagum adalah kredibiliti Dimash atau Dinmuhammed Qanatuly Qudaibergen menyampaikan lagu dalam pelbagai bahasa, suatu fakta yang bukan pelik kerana penyanyi itu pernah menghiburkan penonton dalam 13 bahasa berbeza!

    Walaupun lagu yang dinyanyikan dalam pelbagai bahasa, ia tidak menghentikan seluruh peminat untuk menyanyi bersama.

    Konsert diteruskan dengan lagu hit iaitu S.O.S yang berjaya memukau penonton dengan lontaran suara yang tinggi.

    Pada pertengahan konsert, penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil dengan dua lagu popularnya iaitu Bukan Cinta Biasa dan Nirmala yang dijemput sebagai artis jemputan. – Agensi

    Dimash berjaya memukau penonton Malaysia menerusi konsert pertamanya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda