Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal, Alcaraz dipilih regu Sepanyol

    MADRID, 12 JUN – Persekutuan Tenis Sepanyol hari ini mengumumkan bahawa Rafael Nadal dan Carlos Alcaraz akan bermain beregu bersama untuk negara mereka pada Sukan Olimpik Paris yang akan datang.

    Pengumuman itu dibuat tiga hari selepas Alcaraz yang berusia 21 tahun memenangi Terbuka Perancis buat kali pertama — memperoleh trofi Grand Slam ketiganya.

    Alcaraz dilihat secara meluas sebagai pewaris kepada Nadal dalam tenis Sepanyol, dan beliau sering menyatakan bahawa Nadal adalah wira zaman kanak-kanaknya.

    Nadal yang berusia 38 tahun, telah memiliki pingat emas Olimpik dalam acara perseorangan pada tahun 2008 dan beregu pada tahun 2016 bersama Marc Lopez selain daripada 22 gelaran Grand Slam beliau.

    “Rafa dan Carlos akan bermain bersama di Paris,” kata kapten Sepanyol, David Ferrer semasa mengumumkan senarai pasukan.

    Pemain lain dalam pasukan Olimpik lelaki Sepanyol termasuk Pablo Carreno Busta, Alejandro Davidovich dan Marcel Granollers. – AP

    Alcaraz bergambar bersama trofi kejohanan Terbuka Perancis di stadium Roland Garros di Paris baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda