Tuesday, February 25, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal belum pasti beraksi

    MADRID, 8 Nov – Doktor peribadi Rafael Nadal memberitahu bahawa mereka akan melakukan ‘segala-galanya yang termampu’ bagi memastikan juara Grand Slam 16 kali itu bertanding dalam persaingan penutup tirai Kejohanan Jelajah Akhir di London minggu depan.

    “Kami sudah dan akan lakukan segalanya yang termampu untuk memastikannya berada di London,” kata Angel Ruiz Cotorro kepada stesen radio Cope, namun tidak memberikan jaminan kehadiran pemain Sepanyol itu di ibu negara England itu.

    Nadal, telah menarik diri daripada Paris Masters sebelum aksi separuh akhir berikutan kecederaan lutut minggu lalu, mencetus kebimbangan terhadap penyertaannya di London.

    Pemain nombor satu dunia itu, yang pernah mengalami kecederaan lutut dan pergelangan tangan sepanjang kariernya, memutuskan menarik diri selepas lutut kanannya dibalut sewaktu menang ke atas Pablo Cuevas pada pusingan ketiga.

    “Kesakitan itu begitu dirasai semalam (Khamis lalu) namun ia bukan masanya untuk berhenti,” kata Nadal di Paris.

    Kehadiran pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal di Kejohanan Jelajah Akhir di London masih belum pasti ketika dia berusaha untuk pulih dari kecederaan lutut. – AFP

    “Saya menjalani rawatan malam tadi untuk cuba bermain hari ini tetapi malangnya, mustahil untuk saya kembali ke gelanggang.”

    Ruiz Cotorro berkata Nadal tiba di Perancis ‘dalam keadaan baik tetapi mula mengalami masalah selepas perlawanan pertama atau kedua’.

    “Dia sungguh bimbang dan kami menjalankan beberapa ujian tetapi tiada apa yang serius dikesan di tendonnya. Kami akan memulakan rawatan yang membolehkannya dia melakukan per-gerakan otot, supaya dia boleh ke London seperti yang dimahukannya.

    “Anda perlu optimis tetapi perlu bersikap realistik berdepan situasi ini pada akhir musim luar biasa ini. Anda perlu berhati-hati. Kesihatan amat penting,” kata doktor berkenaan.

    Nadal tidak pernah menjuarai Jelajah Akhir yang mengetengahkan lapan pemain terbaik, apabila menduduki tangga kedua pada 2010 dan 2013 dan terlepas dua daripada tiga edisi terakhir kejohanan kerana kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda