Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal intai sejarah, Djokovic mahu akhiri badi

    PARIS, 29 Mei – Pemenang rekod sembilan kali, Rafael Nadal dan pemegang gelaran, Novak Djokovic berlepas bagi pertembungan Terbuka Perancis, sementara juara masa lalu dan kini bertemu dalam pusingan pertama wanita.

    Nadal kini dalam laluan untuk menjadi pemain pertama dalam era Terbuka untuk memenangi 10 gelaran dalam mana-mana kejohanan Grand Slam, dengan kembali dalam prestasi terbaik bagi 2017 ini, sekali lagi menjadikan pemain Sepanyol itu pemain pilihan Roland Garros tahun ini.

    Tiga kejuaraan di Monte Carlo, Barcelona dan Madrid mencadangkan pemain berusia 30 tahun itu dijangka mengakhiri kemarau tiga tahun, kejayaan Grand Slam terakhirnya adalah di Paris 2014.

    Tetapi pemain pilihan keempat itu sedar bahawa ancaman dari Benoit Paire, yang akan mendapat sokongan penuh di Gelanggang Suzanne Lenglen.

    “Dia bukan lawan yang anda mahu temui di pusingan pertama. Seorang pemain dengan bakat besar. Servis hebat, tangan kuat dan ‘backhand’ luar biasa,” kata Nadal.

    Novak Djokovic (kanan) mendengar tunjuk ajar jurulatih barunya, Andre Agassi ketika sesi latihan menjelang pusingan pertama Terbuka Perancis. – AP
    Novak Djokovic (kanan) mendengar tunjuk ajar jurulatih barunya, Andre Agassi ketika sesi latihan menjelang pusingan pertama Terbuka Perancis. – AP
    Rafael Nadal kini dalam laluan untuk menjadi pemain pertama dalam era Terbuka untuk memenangi 10 gelaran dalam mana-mana kejohanan Grand Slam. - AP
    Rafael Nadal kini dalam laluan untuk menjadi pemain pertama dalam era Terbuka untuk memenangi 10 gelaran dalam mana-mana kejohanan Grand Slam. – AP

    “Dia lawan yang bahaya. Saya perlu bermain di tahap terbaik.”

    Pesaing rapat Nadal, Djokovic, dilihat akan menarik inspirasi dari jurulatih barunya, Andre Agassi, juara Terbuka Perancis 1999, ketika pemain dari Serbia itu memulakan usaha mempertahankan kejuaraannya.

    Saat ini pada tahun lepas, Djokovic dalam laluan melengkapkan kerjaya Grand Slam, memegang keempat-empat gelaran utama pada masa yang sama susulan kejayaannya di Paris.

    Tetapi kemerosotan drastik, termasuk kekalahan mengejut di pusingan kedua di Terbuka Australia, menempatkan Djokovic bergelut untuk menghentikan kerjayanya daripada jatuh.

    Pemain nombor dua dunia itu akan memulakan persaingan dengan menentang pemain ranking 65, Marcel Granollers dari Sepanyol, dan meskipun potensi pertembungan di separuh akhir dengan Nadal. Djokovic menolak untuk memikirkan ke sana lebih awal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda