Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nadal jangka beraksi pada Januari

    MADRID, 5 DIS – Rafael Nadal menjangka mempunyai harapan yang tipis apabila beliau kembali ke gelanggang pada bulan Januari selepas setahun tidak beraksi.

    Pada Jumaat lalu, Nadal mengumumkan beliau akan bermain di Brisbane International di Australia pada bulan Januari.

    Pemain Sepanyol berusia 37 tahun itu tidak muncul di gelanggang sejak Januari tahun lepas, setelah mengalami kecederaan pada bahagian otot paha ketika kalah dalam pusingan kedua Terbuka Australia. Dia kemudian menjalani pembedahan di bahagian otot paha pada bulan Jun di Barcelona.

    Dalam video di media sosial kelmarin, Nadal berkata dia berharap akan ‘mengalami rasa gementar, takut dan keraguan’ di gelanggang.

    “Saya berasa takut untuk mengumumkan perkara ini kerana sudah setahun tidak bersaing ditambah dengan pembedahan pada bahagian otot paha. Semua perkara itu mengganggu saya,” katanya.

    “Saya rasa sudah bersedia dan saya percaya dan berharap agar segala-galanya berjalan lancar dan memberi saya peluang untuk berseronok di gelanggang.”

    Nadal berkata dia tahu keadaan mungkin akan berbeza selepas begitu lama tidak bersaing. “Saya tidak mengharapkan apa-apa. Ini merupakan kenyataan. Memiliki kemampuan untuk tidak menuntut diri saya sendiri dari apa yang telah saya tuntut sepanjang kerjaya saya,” katanya.

    “Saya percaya saya berada pada masa dan situasi yang berbeza dan dalam suasana yang belum pernah diterokai. – AP

    Rafael Nadal dari Sepanyol ketika reaksinya selepas memenangi pusingan ketiga menentang Daniil Medvedev dari Rusia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...