Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Nadal mahu fokus Olimpik Paris

    LONDON, 14 JUN – Rafael Nadal telah mengesahkan kelmarin bahawa beliau akan terlepas aksi Wimbledon untuk memberikan tumpuan kepada Sukan Olimpik Paris, yang akan dimainkan di gelanggang tanah liat di Roland Garros.

    Pengumuman itu dibuat sehari selepas pihak pengurusan tenis Sepanyol berkata juara 14 kali Terbuka Perancis itu akan bergandingan dengan Carlos Alcaraz pada temasya di ibu negara Perancis itu, yang akan bermula hujung bulan depan.

    Nadal, 38, tewas pada pusingan pertama di Roland Garros bulan lalu dan menunjukkan beliau mungkin akan meninggalkan Wimbledon, yang dimainkan di gelanggang rumput, di mana beliau pernah menjadi juara pada 2008 dan 2010.

    Pemain Sepanyol yang sering mengalami kecederaan dan kini berada di tangga ke-264 dalam ranking dunia, berkata selepas kekalahan beliau kepada naib juara Alexander Zverev di Paris bahawa menukar permukaan gelanggang bukanlah keputusan yang ‘bijak’.

    “Ia kelihatan sukar untuk beralih ke gelanggang rumput, terutamanya apabila Olimpik kembali diadakan di atas gelanggang tanah liat,” katanya pada masa itu.

    Aksi Nadal semasa menentang Zverev dari Jerman dalam perlawanan pusingan pertama kejohanan Terbuka Perancis di stadium Roland Garros di Paris pada 27 Mei 2024. – AP

    Bekas pemain nombor satu dunia itu, yang memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing pada 2008, hanya kembali bertanding pada April selepas hampir 16 bulan tidak beraksi akibat kecederaan.

    Kelmarin, beliau mengesahkan di media sosial bahawa beliau tidak akan pergi ke London untuk mengambil bahagian dalam Grand Slam ketiga tahun ini.

    “Semasa sidang media selepas perlawanan saya di Roland Garros, wartawan bertanyakan tentang kalendar musim panas saya dan sejak itu saya telah berlatih di tanah liat,” tulis beliau di X.

    “Semalam (Rabu), diumumkan semalam bahawa saya akan bermain dalam Olimpik musim panas di Paris, Olimpik terakhir saya.

    “Dengan matlamat ini, kami percaya bahawa yang terbaik untuk badan saya adalah untuk tidak mengubah permukaan dan terus bermain di atas tanah liat sehingga masa itu,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...