NEW YORK, 30 Ogos – Rafael Nadal menghimpunkan rekod pusingan pertama Terbuka AS kepada 13-0 tetapi pemain remaja dari Jepun, Noami Osaka mencuri tumpuan dengan menewaskan juara bertahan, Angelique Kerber ketika hujan lebat menjejaskan lebih 50 perlawanan dihentikan semalam.
Ketika ramai pemain berlari untuk berlindung dari kebasahan di luar gelanggang di mana hanya 90 minit aksi berlangsung, dan hanya tiga perlawanan berjaya diselesaikan, pukulan kencang Osaka adalah jelas di bawah bumbung Arthur Ashe Stadium.
Pemain dunia nombor 46, dilahirkan di Jepun, ayahnya seorang warga Haiti dan ibunya warga Jepun, menang 6-3, 6-1 ketika pilihan keenam, Kerber menjadi juara bertahan wanita Terbuka AS yang pertama tewas dalam pusingan pertama sejak Svetlana Kuznetsova pada 2005.
Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Nadal, memulakan kempennya bagi gelaran Terbuka AS ketiga dengan kemenangan 7-6 (8/6), 6-2, 6-2 ke atas Dusan Lajovic dari Serbia.
Pemain dari Sepanyol berusia 31 tahun itu bangkit setelah ketinggalan 3-5 pada set pembukaan menentang Lajovic ranking ke-85, yang belum pernah mencatatkan kemenangan di New York.
“Apabila saya ketinggalan set pertama, saya cuba untuk bertahan ketika dia beraksi dengan baik dan mengawal kutipan mata,” kata juara Terbuka Perancis, Nadal, yang memburu kejuaraan ke-16. – AFP