Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal menang percuma

    NEW YORK, 30 OGOS – Rintangan Rafael Nadal (gambar bawah) di Terbuka AS semakin berkurangan kelmarin apabila beliau diberi kemenangan percuma untuk beraksi pada pusingan ketiga sementara juara Wimbledon, Simona Halep tersingkir awal di New York buat kali ketiga berturut-turut.

    Pemenang Grand Slam Sepanyol 18 kali mara tanpa memukul bola apabila kecederaan bahu kanan memaksa pemain Australia Thanasi Kokkinakis menarik diri daripada pertembungan dengan Nadal yang dijadualkan di Stadium Arthur Ashe.

    Nadal, juara Terbuka Amerika Syarikat pada 2010, 2013 dan 2017, akan bertemu pemain kelayakan Korea Selatan, Chung Hyeon atau pemain ranking 32 Sepanyol Fernando Verdasco untuk merebut tempat dalam 16 terakhir.

    Laluan pemain dari Sepanyol itu bagi kejuaraan keempat agak cerah ketika pencabar ‘Big Three’ Novak Djokovic dan Roger Federer berada dalam undian berlainan, apatah lagi empat daripada 10 pemain terbaik tersingkir pada pusingan pertama.

    Alexander Zverev, pilihan keenam, kini pemain pilihan tertinggi yang kekal bersaing di undian sama dengannya apabila pemain Jerman itu menang lima set ke atas pemain AS, Frances Tiafoe 6-3, 3-6, 6-2, 2-6, 6-3.

    Taylor mengingkirkan pilihan keempat wanita Simona 2-6, 6-3, 7-6 (7/4), sekali gus memberikan pemain Romania itu satu lagi penyingkiran awal di Flushing Meadows, sesudah terkandas pada pusingan pertama 2017/18. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda