Saturday, February 8, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal pastikan ranking No.1

    PARIS, 2 Nov – Rafael Nadal memastikan ranking nombor satu dunia akhir tahun ini dengan kemenangan pusingan kedua 7-5, 6-3 ke atas Hyeon Chung dari Korea Selatan dalam Paris Masters semalam.

    Juara Grand Slam 16 kali itu adalah pemain tertua untuk menamatkan musim di ranking teratas pada usia 31 tahun, selepas setahun menyaksikannya memenangi Terbuka Perancis dan AS.

    Ia adalah kali keempat pemain dari Sepanyol itu, yang memulakan musim ini di tangga kesembilan dalam ranking, mencapai kedudukan itu selepas tahun 2008, 2010 dan 2013.

    “Sudah tentu ia bukanlah matlamat (pada awal musim),” Nadal memberitahu sidang akhbar.

    “Ia adalah mustahil bagi saya untuk memikirkan mengenainya apabila anda kembali dari tempoh yang sukar tanpa beraksi tenis dan dengan banyak kecederaan dalam masa beberapa tahun.

    Rafael Nadal meraikan kemenangannya ke atas Hyeon Chung di Paris Master dan sekali gus memastikan kedudukannya sebagai pemain nombor satu dunia. – AP

    “Tetapi ya, kami berada di sini, (ia) berlaku. Dan sudah tentu gembira. Terlalu bermakna, tidak? Selepas hampir 10 tahun sejak kali pertama saya menamatkan tahun ini dengan kedudukan ini.”

    Nadal berada dalam pertandingan itu dengan mengetahui kemenangan akan memberikannya pendahuluan sebagai pemain nombor satu ke atas pesaing terdekat Roger Federer, selepas legenda dari Switzerland itu menarik diri sebelum bermulanya pertandingan Paris.

    Chung, 21, meletakkan persaingan berani, tetapi Nadal membuktikan terlalu sukar untuk ditangani.

    Nadal seterusnya akan menghadapi Pablo Cuevas dalam 16 pemain terakhir hari ini, selepas pemain bukan pilihan dari Uruguay mengetepikan Albert Ramos-Vinolas 6-7 (5/7), 7-6 (7/1), 6-2.

    Kemenangan final di Paris Ahad ini akan menyaksikan Nadal memintas Novak Djokovic dengan 31 rekod Masters.

    “Saya berada dalam dinamik yang bagus, beraksi dengan baik sepanjang musim,” Nadal, yang hanya memenangi dua dari 75 gelaran ATP dalam dewan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda