BRISBANE, Australia, 1 Jan – Bintang Sepanyol, Rafael Nadal hari ini menegaskan dia tidak memburu ranking teratas dunia tatkala dia membuat persediaan untuk kembali selepas menjalani pembedahan buku lali, dengan menjaga tubuh badannya menjadi satu keutamaan.
Pemain nombor dua dunia sekarang tidak beraksi dalam kejohanan jelajah utama sejak masalah lutut memaksa-nya untuk berhenti ketika separuh akhir Terbuka AS menentang Juan Martin del Potro pada September lalu.
Pemain berusia 32 tahun itu menjalani pembedahan ke atas buku lalinya pada November lalu untuk mengeluarkan intra-articular tubuhnya yang terjejas dan hanya meneruskan latihan tiga minggu yang lalu.
Dia beraksi dalam pusingan pembukaan pada pertandingan di Abu Dhabi minggu lalu, di mana dia tewas kepada Kevin Anderson dari Afrika Selatan, dan memastikan musimnya berada dalam kedudukan baik pada pusingan kedua Brisbane International pada Khamis.
Pemenang Grand Slam 17 kali itu berkata dia tidak bimbang mengenai ranking dunia dua tahun kebelakangan.
“Tumpuan saya adalah untuk bergembira dengan apa yang saya lakukan dan bersaing sepanjang minggu saya beraksi,” katanya.
“Saya mahu merasakan diri saya memberi saingan ketika berada di atas gelanggang dan saya mahu terus berjuang untuk beberapa perkara yang membuatkan saya bangkit, perkara yang memberikan saya semangat.
“Jadi saya tidak (mengejar) nombor satu kerana ia bukanlah tujuan utama saya.
“Sudah tentu, saya memilih nombor satu berbanding nombor dua, dan saya memilih untuk menjadi nombor dua berbanding nombor lima, ia jelas,” tambahnya.
Nadal dipaksa untuk menamatkan pertandingan ketika dua kejohanan dalam empat kejohanan Grand Slam pada tahun 2018, tetapi masih berjaya melanjutkan rekod Terbuka Perancis ke-11 dalam koleksinya.
Dia mahu memastikan akan menjaga tubuh badannya untuk membolehkannya terus beraksi selama yang mungkin kerana minatnya terhadap sukan ini.
“Perkara yang saya tidak mahu lakukan ialah kerap berdepan kecederaan berbanding apa yang saya alami pada tahun lepas, kerana jika anda (mengalami kecederaan) dua tahun berturut-turut, ia membunuh anda dari segi mental,” menurut bintang Sepanyol itu. – AFP