Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal pesimistik tenis sambung semula

    MADRID, 28 APRIL – Rafael Nadal berkata bahawa dia merasa ‘sangat pesimistik’ mengenai penyambungan gelanggang tenis profesional yang telah dihentikan kerana pandemik koronavirus.

    “Bagi pandangan saya, saya sangat pesimistik bahawa gelanggang boleh menyambung aktiviti kebiasaan,” kata pemain nombor dua dunia dalam perbualan maya yang dianjurkan oleh Persatuan Tenis Sepanyol (RFET) melibatkan pasukan yang telah memenangi Piala Davis tahun lalu.

    “Dalam tenis, anda terpaksa membuat perjalanan setiap minggu, tinggal di hotel, pergi ke negara-negara berlainan,”kata Nadal. “Walaupun jika kami bermain tanpa peminat, untuk menganjurkan sebarang kejohanan anda memerlukan ramai orang yang terlibat, yang tidak boleh dilupakan. Dari taraf antarabangsa saya melihatnya ia satu masalah yang serius.”

    Nadal berkata dia berharap bahawa sekatan akan dilonggarkan secara perlahan-lahan, tetapi menambah dia menyedari bahawa situasi kematian global adalah serius.

    “Kami mengharungi satu bulan setengah yang sangat sukar, dengan kerugian yang tidak dapat diganti dan yang lain adalah kurang penting dan masih membawa penderitaan kepada masyarakat, saya berharap hanya sebulan, pada tahap ekonomi,” katanya. “Ramai orang akan kehilangan pekerjaan mereka.” – AFP

    Gambar fail 8 September 2019 menunjukkan reaksi Nadal ketika memenangi final Terbuka AS menentang Daniil Medvedev dari Rusia. Nadal merasa ‘sangat pesimistik’ mengenai penyambungan gelanggang tenis profesional yang telah dihentikan kerana pandemik koronavirus. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda