Nadal rangkul grand slam ke-19

NEW YORK, 9 SEPT – Ketika menyifatkan semalam sebagai antara malam paling emosional sepanjang kariernya selama 18 tahun, Rafael Nadal (gambar bawah) meraikan kemenangan dramatik pada final Terbuka AS ke atas Daniil Medvedev hari ini untuk menjulang gelaran Grand Slam ke-19.

Pemain kidal berusia 33 tahun dari Sepanyol itu meraih gelaran keempat di gelanggang tanah keras New York dengan aksi mendebarkan, apabila mensia-siakan kelebihan pada dua set sebelum menewaskan pilihan kelima dari Rusia 7-5, 6-3, 5-7, 4-6, 6-4 dalam tempoh empat jam 50 minit.

“Sekurang-kurangnya saya mampu menangani aksi pada malam ini. Cara dia melawan memang menakjubkan,” kata Nadal. – AFP