BARCELONA, 1 Mei – Rafael Nadal mengalu-alukan ‘permulaan impian’ terhadap musim kejohanan gelanggang tanah liat selepas memenangi Terbuka Barcelona ke-10 semalam dengan kemenangan 6-4, 6-1 ke atas Dominic dari Austria.
Pemain dari Sepanyol itu juga memenangi gelaran Monte Carlo Masters ke-10 minggu lalu ketika dia bersedia bagi Kejohanan Terbuka Perancis ke-10 bulan depan.
“Ia adalah kemenangan dua minggu berturut-turut, di Monte Carlo dan di sini, dua kejohanan istimewa bagi saya, ia adalah permulaan impian di atas gelanggang tanah liat,” kata Nadal.
“Ia terlalu bermakna bagi saya untuk sampai ke nombor 10 di sini di Barcelona, di depan penyokong saya, saya merasa gembira dan emosi.”
Nadal menang di Barcelona di antara 2005-2009, 2011-13 dan sekarang berada dalam dua tahun terakhir.

Juara Grand Slam 14 kali itu nampak seperti pemenang di Roland Garros selepas menang di gelanggang Barcelona yang dinamakan sempena namanya dan di mana dia tidak melepaskan satu set pun sepanjang minggu.
“Saya berterima kasih kepada kelab dan ahlinya kerana meletakkan nama saya di atas gelanggang ini.
Ia terlalu bermakna bagi saya,” tambah Nadal.
Nadal sekarang memenangi 19 ‘straight set’, tetapi Thiem adalah pesaing yang kuat yang dihadapinya di atas gelanggang permukaan tanah liat setakat tahun ini.
Thiem mengejutkan pemain nombor satu, Andy Murray dalam satu peringkat separuh akhir pada Sabtu dan menunjukkan tentangan lebih awal.
Bagaimanapun, Theim tidak terlalu kecewa selepas tewas kepada raja gelanggang tanah liat selepas minggu yang produktif.
“Saya menikmati minggu ini di Barcelona,” katanya.
“Terdapat banyak perkara lebih teruk berbanding tewas menentang pemain terhebat di atas gelanggang tanah liat.” – AFP