Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Nadal selangkah cipta sejarah

    MELBOURNE, 28 JAN – Rafael Nadal melangkah ke pusingan final Terbuka Australia dan hanya satu perlawanan untuk bergelar pemain pendahulu Grand Slam terbaik sepanjang zaman selepas menewaskan Matteo Berrettini di pusingan separuh akhir, hari ini.

    Pemain kelahiran Sepanyol berusia 35 tahun, pemain pilihan keenam, terlalu hebat buat pemain Itali itu dan juga pemain pilihan ketujuh, menang dengan keputusan 6-3, 6-2, 3-6, 6-3 dalam masa dua jam 55 minit, dan akan bertemu sama ada Daniil Medvedev atau Stefanos Tsitsipas di final pada Ahad.

    Nadal ketika ini setaraf dengan Novak Djokovic, yang dihantar pulang pada malam sebelum kejohanan, dan Roger Federer, yang tidak menyertai pertandingan kerana tercedera, meme-nangi 20 kejohanan utama.

    Ini memberikan peluang untuk pemain Sepanyol itu untuk menembusi kedudukan teratas dengan meraih gelaran di Melbourne Park untuk aksi final keenam di Terbuka Australia.

    “Bagi saya, ia adalah lebih mengenai Terbuka Australia berbanding yang lain, ia adalah kejohanan yang luar biasa,” kata Nadal.

    “Saya kurang bernasib baik semasa karier saya dengan mengalami kecede-raan dan saya bermain dalam beberapa perlawanan final yang menakjubkan dan mempunyai peluang baik menentang Novak pada 2012 dan Roger pada 2017, saya sangat hampir beberapa kali.

    Reaksi Rafael Nadal selepas memenangi set pertama menentang Matteo Berrettini di pusingan separuh akhir Terbuka Australia, kelmarin. – AP

    “Jadi saya cuba menikmati keme-nangan hari ini dan cuba melakukan yang terbaik pada final.”

    Ia adalah usaha yang luar biasa dari Nadal di pembukaan kejohanan utama tahun ini, melakukan sedikit perubahan dalam permainan untuk mengimbangi penyakit degeneratif tulang pada kaki kiri sekali gus menamatkan musim 2021 pada Ogos lalu.

    Dia kemudian dijangkiti COVID-19, yang menurutnya, membuatkan dirinya ‘sangat tenat’.
    Namun Nadal berjaya menewaskan Berrettini dengan pukulan tepat, sementara finalis Wimbledon tahun lalu gagal mengatasi permulaan hambar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...