Tuesday, February 11, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal tarik diri Paris Masters

    PARIS, 3 Nov – Pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal telah menarik diri dari Paris Masters hari ini sebelum perlawanan suku akhirnya kerana kecederaan lutut.

    Nadal membalut lutut kanannya dalam kemenangan pusingan ketiga kelmarin, berkata bahawa dia mahu mencuba dan bersedia untuk berdepan dengan Filip Krajinovic dalam pusingan lapan terakhir tetapi ‘ia mustahil untuk bermain’.

    Namun dia tidak menyatakan sekiranya di akan cergas untuk bermain di Final Jelajah Dunia di London akhir bulan ini.

    Nadal sebelum ini mengatasi kemerosotan set kedua untuk mara ke suku akhir Paris Masters semalam dengan kemenangan 6-3, 6-7 (5/7), 6-3 ke atas Pablo Cueves dari Uruguay.

    Pemain Sepanyol berusia 31 tahun itu telah memastikan kedudukan nombor satu dunia buat kali keempat pada hari Rabu, tetapi dia dipaksa bekerja keras menentang Cueves.

    Jaguh tenis Sepanyol ketika menghadiri sidang media bagi mengumumkan bahawa dia menarik diri dari kejohanan Paris Masters kerana kecederaan lutut, di Bercy Arena di Paris. – AP

    Nadal masih tercari-cari gelaran pertamanya di gelanggang keras Bercy.

    Juara Grand Slam sebanyak 16 kali itu dijadualkan menentang pemain nombor 77 dunia, Filip Krajinovic di suku akhir, selepas pemain Serbia itu menewaskan Nicolas Mahut 6-2, 3-6, 6-1.

    “Ia adalah normal di hujung musim selepas semua yang telah terjadi, kesemua perlawanan yang sudah saya hadapi dengan intensiti tinggi, ia normal bahawa adanya isu badan sedikit.

    “Jadi, ia bukan sesuatu yang ganjil. Sesuatu yang normal dan boleh diterima.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda