Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal tarik diri Terbuka Mexico

    ACAPULCO, 28 Feb – Pemain nombor dua dunia, Rafael Nadal (gambar) telah menarik diri dari Terbuka Mexico hari ini, memendekkan tempoh aksi kembalinya selepas kecederaan pada pinggul kanannya menyerang semula.

    “Matlamat dan harapan saya adalah untuk bermain dalam kejohanan ini. Malangnya, dalam sesi terakhir saya kelmarin, saya merasakan kesakitan yang teruk pada kaki saya lagi,” kata bintang Sepanyol berusia 31 tahun itu beberapa jam sebelum perlawanan pembukaannya bagi Jelajah ATP di Acapulco itu.

    Nadal, merupakan pemain pilihan untuk memenangi kejohanan itu dan adalah juara di sana pada 2005 dan 2013, dijangka berdepan dengan rakan senegaranya, Feliciano Lopez.

    “Saya mengambil semua langkah-langkah sebaiknya untuk tiba dalam kejohanan ini dengan prestasi terbaik. Saya terlebih dahulu pergi ke Cozumel, bagi menyesuaikan diri (dengan iklim),” katanya kepada para wartawan.

    Namun kesakitan seperti yang pernah dialaminya semasa di Australia kembali semasa sesi latihan terakhir.

    Nadal berjalan tempang semasa suku akhir Terbuka Australia pada 23 Januari. Sejak itu dia telah kehilangan status nombor satu kepada Roger Federer. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda