Sunday, February 9, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadal tarik diri Terbuka Perancis

    MADRID, 4 APRIL – Persiapan Rafael Nadal untuk memenangi kejuaraan Terbuka Perancis ke-15 menerima tamparan hebat apabila dia mengumumkan dia menarik diri daripada kejohanan Monte Carlo Master yang akan berlangsung tidak lama lagi.

    “Saya masih belum bersedia untuk bertanding pada peringkat tertinggi,” kata pemain Sepanyol berusia 36 tahun itu di Twitter.

    “Saya tidak akan bermain dalam salah satu kejohanan paling penting dalam karier saya, iaitu Monte Carlo.”

    Kejohanan Monte Carlo, yang telah dimenangi Nadal 11 kali, bermula pada Sabtu ini, sementara Terbuka Perancis bermula pada 28 Mei.

    Nadal berkata dia berharap dapat kembali tidak lama lagi daripada kecederaan otot flexor pinggul yang dialaminya semasa Terbuka Australia pada Januari, yang menyaksikannya tersingkir dalam pusingan kedua menentang Mackenzie McDonald.

    Gambar fail menunjukkan Rafael Nadal mengembalikan bola kepada Andrey Rublev semasa kejohanan Monte Carlo Masters di Monaco. – AP

    Juara Grand Slam 22 kali itu menarik diri daripada kejohanan gelanggang keras di Indian Wells dan Miami, dan mengintai kepulangan pada awal musim gelanggang tanah liat.

    Juara Monte Carlo Master, Nadal memenangi kejohanan itu lapan kali berturut-turut di antara 2005 dan 2012.

    Selepas pengarah kejohanan berkata Nadal telah mendaftar untuk edisi tahun ini, pemain Sepanyol itu menafikan dia dijangka mengambil bahagian pada minggu lalu.

    “Saya tidak tahu siapa yang mendapat maklumat ini, namun jelasnya jika ia benar, saya akan mengesahkannya, tetapi saya tidak dapat mengesahkannya,” kata Nadal pada satu acara. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda