Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Nadal tundukkan Djokovic

    PARIS, 1 JUN – Rafael Nadal telah menewaskan saingan lamanya, Novak Djokovic dalam perlawanan empat set untuk mara ke perlawanan separuh akhir ke-15nya dalam Terbuka Perancis, kelmarin.

    Juara Roland Garros 13 kali tersebut telah meraih kemenangan dengan keputusan t 6-2, 4-6, 6-2, 7-6 (7/4) selepas suku akhir yang berlangsung selama empat jam 12 minit di atas gelanggang tenis berkenaan.

    Nadal telah meraih kemenangan kelapannya dalam 10 perlawanan Terbuka Perancis menentang juara tahun lalu, Djokovic, untuk menempah tempat dalam pertembungan menentang pemain pilihan ketiga, Alexander Zverev pada Jumaat nanti.

    Pemain berusia 35 tahun itu telah tewas dalam hanya tiga daripada 113 perlawanan di gelanggang Paris sejak mendapatkan gelaran juara ketika tampil beraksi untuk kali pertama pada tahun 2005 dan pada masa ini, dia semakin hampir untuk mengejar saingannya Djokovic dengan kemenangan 30-29 dalam karier mereka.

    Sementara itu, pemain pilihan kelima dari Sepanyol, kekal dalam perjalanan kariernya untuk melanjutkan rekod juara Grand Slam ke-22 selepas menjuarai Terbuka Australia pada tahun ini, di mana Djokovic ketika itu dihantar pulang ke negara asalnya disebabkan oleh isu status vaksinasinya.

    Djokovic merapatkan defisit double-break untuk merampas set kedua selama 88 minit tetapi terlepas dua mata set perlawanan ketika melakukan servis untuk kali keempat bagi mendapatkan mata penentu.

    Pemain nombor satu dunia berkenaan menyesali peluang yang terlepas tersebut sementara dia menunggu kejohanan Wimbledon untuk merebut kembali peluang menambah gelaran juara Slamnya kepada 21.

    Pada perlawanan tersebut, Nadal kelihatan sedikit tertekan disebabkan oleh kekalahan yang dialaminya semasa perlawanan sebelumnya oleh Felix Auger-Aliassime. Tambahan lagi, dengan cuaca dingin, suasana perlawanan waktu malam yang dijangka memihak kepada Djokovic.

    Namun, raja gelanggang tanah liat itu menewaskannya dengan melakukan pukulan terbaiknya untuk menggembirakan penyokong sekali gus membalas dendam atas kekalahan dalam perlawanan separuh akhir kepada saingan yang sama setahun yang lalu. – AFP

    Aksi Rafael Nadal semasa membalas pukulan Novak Djokovic dalam perlawanan sekali gus mara ke separuh akhir Terbuka Perancis. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...