Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadhir kecewa drama ‘bocor’

    Pelakon Nadhir Nasar, 26, terlalu kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan episod drama lakonan yang belum ditayangkan di platform haram.

    Nadhir berkata tindakan itu seolah-olah tidak menghargai penat lelah tenaga produksi yang bertungkus lumus menghasilkan karya berkualiti.

    “Jujurnya, saya sangat sedih. Ada episod tertentu belum ditayangkan bocor.

    “Kami mula penggambaran dari pagi hingga pagi, bukan perkara tidak elok sebab kami nak lakukan dengan terbaik.

    “Pelakon sendiri mahu lakukan babak tertentu yang dipercayai boleh dijual kepada penonton.

    “Jadi, bila tersebar episod belum ditayangkan di platform tak betul ini, memang agak kecewa,” luahnya.

    Mengakui perkara itu tidak boleh dikawal, Nadhir memohon kerjasama semua pihak tidak menonton di platform tidak sahih dan berharap isu ini tidak berulang.

    “Kepada semua yang dapat pautan link, tolong jangan tengok.

    “Tonton dalam platform halal dan bukannya haram. Kita doakan benda ini tidak terjadi, apa yang terjadi kami terpaksa ‘let go’,” katanya. Terdahulu, tular apabila beberapa episod drama Projek: High Council ‘bocor’ di pelbagai platform internet dan aplikasi media sosial. – Agensi

    Mahu industri berkualiti tinggi, Nadhir mohon tengok dalam platform yang betul – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda