Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadhir, Mierul raih populariti

    Jika ditanya siapa pelakon yang menjadi kegilaan ramai sekarang, tidak syak lagi mereka ialah Nadhir Nasar dan Mierul Aiman yang ‘meledak’ dalam drama rantaian, Projek: High Council (PHC).

    Bukan bercakap kosong, itulah hakikat sebenar berdasarkan sambutan hangat yang diberi peminat setiap kali berlangsung acara ramah mesra membabitkan dua jejaka ini

    Biarpun nama semakin mendaki carta populariti, Nadhir mengikut resmi padi, makin berisi, makin tunduk.

    Diusik pertanyaan apakah dia mahu menggunakan khidmat pengawal atau ‘bodyguard’ untuk menjaga keselamatan, Nadhir tidak melihat perkara itu sebagai keperluan.

    Jika populariti menjadi isu utama buat Nadhir, lain pula halnya dengan Mierul yang menjadi gandingannya dalam drama PHC.

    Mierul Aiman (kanan) dan Nadhir Nasar meraih populariti menerusi filem Projek : High Council. – Agensi

    Buat jejaka ini, kisah cinta lokasinya dengan pelakon Qasrina Karim lebih menjadi tumpuan, terutama selepas mereka membintangi drama bersiri Imam Instant, Ustazah Scammer.

    Mengulas kenyataan Qasrina sebelum ini yang mengakui mereka memang rapat, Mierul atau nama sebenar, Mohammad Amirul Aiman Norazman, 24, menyokong kenyataan gadis yang wajahnya mirip pelakon dan pengacara Mira Filzah itu.

    Bagaimanapun, akui Mierul, hubungan mereka tidak lebih daripada rakan sekerja.

    Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, pemegang ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Selangor (UNISEL) ini mengakui, belum mempunyai kekasih. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda