Aktor Nadhir Nasar kesal apabila isu buli di set penggambaran yang didakwa seorang pendatang baharu mengundang tanggapan buruk dalam kalangan pelakon senior.
Kata Nadhir atau Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 26, dia percaya perkara berkenaan mungkin berlaku disebabkan sikap artis itu sendiri yang bermasalah.
“Sebab kau, pelakon senior stereotaip terhadap pelakon baru. Great.
“Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau,” katanya menerusi ciapan di laman X.
Dalam pada itu, Nadhir mengingatkan pendatang baharu agar fokus memperbaiki diri berbanding bercerita masalah kepada umum.
Baginya, mereka sepatutnya berlapang dada dan tidak cepat melenting apabila ditegur artis senior.
“Tak perlu semua benda nak cerita. Reflect diri tu balik.
“Jalan depan orang lama, tunduk. Dimarahi orang lama, duduk. Menegakkan benang yang basah itu buruk,” ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan segelintir pelakon baharu mengakui dirinya pernah menjadi mangsa buli di set penggambaran. – Agensi