Sunday, February 9, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadia Aqilah tak kejar trofi lagi

    Pelakon versatil, Nadia Aqilah, 37, tidak menganggap dirinya sebagai selebriti gred A biarpun membintangi pelbagai drama, telefilem, filem dan teater.

    Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Aqilah Bajuri menyifatkan pembabitannya dalam projek lakonan hanyalah sebagai pencerita yang mahu menyampaikan mesej kepada penonton.

    Malah, pelakon filem Eva itu tidak meletakkan sasaran memenangi anugerah dalam industri lakonan.

    “Kalau dahulu tujuan saya berlakon mungkin sedikit berpaksikan untuk mengejar trofi anugerah. Namun, haluan bertukar apabila beberapa tahun bergelar pelakon.

    “Saya hanya mahu berikan terbaik dalam setiap projek dijayakan.

    Nadia mahu berikan lakonan terbaik, bukan lagi mengejar penghargaan. – Agensi

    “Apa reaksi penonton saya tidak boleh kawal, tetapi saya bersyukur jika ada penghargaan diberikan. Selain itu, saya tidak kisah pun.

    “Sejujurnya, apabila berada pada tahap sekarang, saya sudah tidak mahu terlalu memikirkan mengenai anugerah. Saya hanya mahu berikan yang terbaik,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada Malam Gala Filem Eva, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut, pelakon yang diperkenalkan menerusi drama Emil Emilda pada 2007 itu berkata, dia tidak mahu soal penghargaan terus menguasai kerjaya lakonan.

    “Apabila mula tanamkan dalam minda untuk dapat sesuatu balasan atau penghargaan, di situ niat sudah salah.

    “Jadi, apa yang saya buat setiap kali menjayakan sesuatu projek, saya akan mengingatkan diri, saya adalah pencerita untuk penonton.

    “Saya bukan selebriti atau orang kenamaan, saya hanya pencerita dan itulah yang saya pegang sehingga hari ini. Setiap projek lakonan yang diambil memang saya tetapkan dalam minda, tidak mengejar perkara lain.

    “Pada masa sama, saya berharap nilai di sebalik cerita dilakonkan sampai ke hati penonton,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda