Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadia ditipu syarikat makanan trak

    Berdepan ujian dalam perniagaan, pengacara Malaysia, Nadia Annuar mengalami kerugian sebanyak RM40,000 gara-gara ditipu sebuah syarikat makanan trak.

    Menurut Nadia atau Nadia Shahrul Annuar, 40, kerugian itu terpaksa ditanggung selepas dia bersama seorang rakan kongsi melaburkan modal untuk membuka perniagaan trak makanan.

    Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal memberikan pulangan yang dijanjikan malah trak makanan diusahakannya turut lesap secara mengejut.

    “Saya dan rakan kongsi melabur kepada sebuah perniagaan makanan trak yang sedia ada yang dimiliki oleh dua orang lelaki.

    “Kami membayar modal sebanyak RM40,000 untuk memulakan trak baru bersama mereka, tapi kami perasan banyak masalah timbul dari segi pengurusan.

    Nadia kecewa sehingga kini tidak menerima pulangan modal yang dijanjikan. – mStar

    “Trak kami juga didapati tiba-tiba tidak beroperasi dan hilang dari premis asal tanpa notis secara tiba-tiba.

    “Mereka tak boleh beri apa yang mereka janji dan macam-macam alasan diberikan setiap kali masalah timbul,” katanya menurut laporan mStar.

    Nadia menjelaskan perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Jumaat.

    Nadia memaklumkan dia dan rakan kongsinya mencapai kata sepakat untuk membatalkan kontrak bersama syarikat tersebut memandangkan perniagaan diusahakan tidak mendatangkan keuntungan.

    Apa lebih mengecewakan, syarikat tersebut masih belum mengembalikan wang modal yang dijanjikan.

    “Kami ambil keputusan untuk batalkan kontrak dan cuma meminta kembali duit modal.

    “Mereka bersetuju dan mengaku salah tapi sehingga hari ini saya tak menerima satu sen pun daripada mereka,” jelasnya.

    Enggan berdiam diri, pengacara itu sudah mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda