Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nadia tidak mahu dekati suami orang

    Pelakon Nadia Brian tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang sudah pernah berkahwin mahupun memiliki cahaya mata.

    Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, bagaimanapun berkata dia mahukan yang bujang kerana enggan menjadi orang ketiga di dalam rumah tangga wanita lain.

    “Kalau boleh nak yang memahami dan ada persefahaman, kalau boleh tak nak suami orang kerana saya tak nak jadi perampas dan disondol.

    “Saya tak nak timbul masalah di kemudian hari, saya nak dia jelaskan dulu status dia, bujang atau suami orang!

    “Tapi saya tidak menolak sekiranya dia duda atau ada anak. Saya tidak memilih, janji ada persefahaman,” katanya.

    Nadia selesa berkawan dulu sebelum jalinkan hubungan. – nst.com.my

    Berkongsi mengenai status dirinya, Nadia berkata hatinya masih belum dimiliki oleh mana-mana lelaki.

    Menurut mStar, Nadia terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan mana-mana lelaki termasuklah kenalan.

    “Tak adalah (Tidak serik berkahwin) masih lagi mencari bukan memilih. Saya mungkin terlalu sibuk jadi sampai tak sempat nak dating atau berjumpa.

    “Mungkin selepas selesai kerja atau tidak sibuk, InsyaAllah doakanlah saya berjumpa jodoh dengan baik,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Nadia berkata dia tidak mahu memberi harapan kepada mana-mana lelaki yang cuba mendekati dirinya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda