Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nafas segar dan tambah tenaga dengan pudina

    PUDINA atau nama saintifiknya Mentha piperita tergolong dalam rempah yang biasa digunakan dalam hampir semua budaya di dunia.

    Masyarakat dunia mengenali pudina dengan nama popularnya, mint. Terdapat beberapa jenis pudina dari spesies mentha. Antaranya ialah peppermint, water mint, spearmint dan European pennyroyal.

    Pudina mempunyai pelbagai nilai dan sifat terapeutik. Malah pudina turut memiliki sumber yang sangat kaya dengan nutrien dan vitamin penting. Ini termasuklah folat, beta-karotena, Vitamin A, B kompleks dan C, magnesium, besi, tembaga, kalium dan omega 3 asid lemak.

    Rasa pudina amat segar. Sebab itulah ia banyak digunakan sebagai bahan asas dalam pelbagai produk seperti ubat gigi, penyegar mulut, gula-gula getah dan alat sedut untuk pesakit asma. Pudina bukan setakat memberikan kesegarannya tetapi ia turut menawarkan pelbagai kebaikan lain.

    Legakan masalah pencernaan

    Daun pudina bagus untuk dijadikan pembuka selera dan perangsang pencernaan. Ia juga mampu melegakan perut jika mengalami masalah pencernaan atau keradangan.

    Titikkan minyak pati pudina di atas bantal pada waktu malam sebelum tidur bagi mengelakkan masalah kemurungan dan kegelisahan serta sakit kepala.
    Secawan teh pudina dapat mengaktifkan kelenjar liur dalam mulut dan kelenjar yang merembes enzim pencernaan sekali gus memudahkan pencernaan.

    Jika perut anda sakit, minumlah secawan teh pudina. Bau pudina mengaktifkan kelenjar liur dalam mulut dan kelenjar yang merembes enzim pencernaan sekaligus memudahkan pencernaan

    Kurangkan rasa loya dan sakit kepala

    Daun pudina yang telah dihancurkan boleh digunakan untuk mengurangkan rasa loya dan sakit kepala. Baunya yang kuat dan menyegarkan adalah ramuan berkesan untuk loya-loya.

    Herba ini memiliki bahan pelega semula jadi dan ia boleh melegakan keradangan dan kenaikan suhu yang dikaitkan dengan sakit kepala dan migrain.

    Menyejukkan dan melegakan

    Bau kuat herba ini amat berkesan dalam membersihkan hidung, tekak, bronkus dan paru-paru yang tersumbat.

    Ia memberikan kelegaan daripada masalah pernafasan berikutan asma dan demam selesema. Apabila pudina melegakan tekak, hidung dan saluran pernafasan, ia turut melegakan kerengsaan yang menyebabkan batuk kronik.

    Mengurangkan rasa sakit ketika menyusukan anak kecil

    Apabila menyusukan anak kecil, satu masalah yang sering dialami oleh ibu adalah payudara dan puting payudara melecet.

    Kajian telah menunjukkan bahawa minyak pudina boleh mengurangkan retakan dan kesakitan pada puting payudara yang kerap dialami oleh wanita yang menyusukan anak kecil mereka.

    Menambah pudina dalam diet seharian mampu menjadi perangsang enzim pencernaan yang menyerap zat daripada makanan sekali gus baik untuk mengurangkan berat badan.

    Menghindari kemurungan dan kegelisahan

    Pudina adalah perangsang semula jadi dan baunya sahaja mencukupi untuk mengecas tenaga dan memastikan otak berfungsi pada tahap tertinggi.

    Jika anda merasa gelisah, murung atau letih, gunakan minyak pudina. Ia boleh dihidu atau disapu dalam bentuk salap.

    Cara popular untuk mendapatkan kesan terbaik adalah dengan meletakkan beberapa titik minyak pati pudina di atas bantal pada waktu malam sebelum tidur.

    Perangsang mengurangkan berat badan

    Ia boleh menjadi perangsang enzim pencernaan yang menyerap zat daripada makanan yang akan menggunakan lemak dan menukarkannya kepada tenaga yang berguna.

    Dikatakan dengan menambah pudina dalam diet seharian, mampu meningkatkan jumlah lemak yang digunakan.

    Membunuh kuman

    Daun pudina memiliki sifat-sifat germisid atau membunuh kuman dan melegakan nafas. Sebab itulah pudina baik digunakan dalam kesihatan mulut kerana ia dapat menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya dengan cara membersihkan lidah dan mulut.

    Caranya ialah dengan menggosok daun pudina pada gigi dan gusi untuk menyegarkan mulut dan menghapuskan pertumbuhan bakteria dalam mulut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda