Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Nafi main kayu tiga, isteri yakin suami setia’

    Penyanyi nasyid, Dr Fitri Haris menjadi perbualan hangat warganet susulan dakwaan berlaku curang terhadap isterinya yang baharu melahirkan cahaya mata. 

    Bagaimanapun, Fitri atau nama sebenarnya Mohamad Fitri Mohamad Haris, 40, menafikan tuduhan tidak berasas itu dan menegaskan rumah tangganya bersama isteri, Fazilah Omar berada dalam keadaan baik.

    “Tak adalah, isteri saya dan anak-anak juga ada di sin, kami bahagia dan sihat sahaja. Bagi saya, dakwaan itu tidak ditujukan kepada saya dan saya menafikannya,” katanya kepada mStar.

    Fitri berkongsi perkara itu ketika ditemui di Al-Quran di Mana-Mana @ Bukit Bintang yang berlangsung kelmarin.

    Jelas Fitri, dia hanya mengetahui tentang dakwaan itu selepas dimaklumkan oleh wartawan, namun memilih untuk tidak melatah kerana yakin ia hanyalah tekaan warganet semata-mata.

    Dia tidak mengikuti perkembangan dunia hiburan kerana sibuk dengan tugasnya sebagai pensyarah dan banyak masa dihabiskan bersama keluarga dan kerjaya sebagai ahli akademik.

    “Pada hujung minggu pula saya terlibat dengan kumpulan UNIC. Jadi, saya memang tiada masa untuk melayan dakwaan seperti itu. Saya juga tak rasa apa-apa sebab saya tahu itu bukan saya,” katanya lagi.

    Tegasnya, tuduhan tersebut tidak berasas dan hanya bersifat andaian tanpa sebarang bukti.

    “Dalam Islam, antara dosa yang mudah diampunkan oleh Allah ialah dosa orang yang jahil. Saya anggap mereka ini tidak tahu dan sekadar meneka sahaja,” ujarnya.

    Sementara itu, Fazilah berkata dia memilih untuk mempercayai suaminya malah menegaskan rumah tangganya dalam keadaan bahagia.

    “Saya tak boleh nak cakap apa-apa dan tiada apa yang nak diulas, dan saya percaya pada suami saya”.

    “Saya rasa perkara ini melibatkan banyak pihak, kalau tidak tentu saja dia sudah lama mengesahkan tuduhan itu. Alhamdulillah saya dan suami okay sahaja,” ujarnya.

    Sebelum ini, sebuah portal melaporkan seorang penyanyi nasyid didakwa berlaku curang dengan anak kepada ahli politik dan kerap menghabiskan masa bersama di pusat beli belah di Kuala Lumpur.- Agensi

    Fitri dan isteri masih lagi bahagia.-mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda