Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nafiez genggam watak hero

    Selama tujuh tahun bergelar pelakon, nama Nafiez Zaidi (gambar bawah), 28, barangkali masih asing lagi.

    Namun, jejaka kelahiran Kangar, Perlis tetap bersabar biarpun belum rezeki untuk terbang tinggi. Lebih utama, Nafiez atau nama sebenarnya, Abdul Nafis Abduzaidi itu sendiri tidak mahu terburu-buru mencipta nama dan populariti.

    “Saya percaya kepada ketentuan takdir dan rezeki. Bukannya mudah meraih perhatian sekelip mata, hanya hero bertuah sahaja cepat mencipta nama. Bagaimanapun, saya tetap bersabar kerana percaya ada kemanisan pada kemudian hari.

    “Saya tak putus asa berusaha mendaki sedikit demi sedikit. Janji, saya sentiasa ada tawaran kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup, lebih utama menyara keluarga di kampung.

    “Saya pula ketua keluarga selepas pemergian arwah bapa, sejak tiga tahun lalu. Ibu hanya suri rumah sepenuhnya dan tak bekerja.

    “Jadi, saya tidak menolak rezeki yang datang untuk menyara ibu di kampung,” katanya kepada media.

    Nafiez yang diperkenalkan menerusi drama Kiah The Spy pada tahun 2013 berkata, dia bersyukur rezekinya sentiasa ada walaupun tak banyak.

    “Saya tak kisah diberikan watak pembantu, asalkan ada kerja. Bagaimanapun, saya pernah juga mendapat watak hero menerusi drama Disisimu Aku bergandingan dengan Eyka Farhana pada tahun 2018.

    “Setakat ini, saya pernah membintangi lima drama untuk watak hero. Alhamdulillah, bakat saya mula diterima walaupun graf tidak naik secara mendadak,” katanya.

    Nafiez yang pernah mencuri perhatian menerusi drama Memori Cinta Suraya itu berkata, dia tidak menyimpan perasaan cemburu terhadap rakan seperjuangan yang cepat meraih populariti.

    “Ikutkan, ramai pelakon satu kelompok dengan saya yang sudah dikenali dan popular. Sedangkan, saya masih di takuk lama. Mereka bernasib baik kerana ada platform seperti Drama Festival KL. Saya percaya itu rezeki mereka.

    “Jujur, saya tumpang seronok melihat kejayaan rakan pelakon lain. Tak pernah rasa nak dengki pada kejayaan orang lain. Bagi saya, persaingan tetap ada di mana sekali pun.

    “Muka baharu pun ada rezeki dan tuah untuk cepat naik,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda