Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Nafuzi beri bayangan tinggalkan skuad Penyu

    KUALA NERUS, 15 SEPT – Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain memberi bayangan beliau tidak lagi akan bersama skuad Penyu untuk mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

    Namun demikian, pengendali muda kelahiran Kelantan itu masih berteka-teki mengenai destinasi baharunya biarpun terdapat khabar angin kuat mengaitkan perpindahan beliau ke Selangor dan sebuah negeri di utara tanah air.

    Turut menjadi persoalan ialah hala tuju pemain sayap lincah yang juga ayam tambatan TFC, Faisal Halim pada musim depan kerana beliau sebelum ini pernah mengumumkan untuk angkat kaki sekiranya Nafuzi tidak lagi mengendalikan skuad Penyu. Menurut Nafuzi, kemungkinan besar tahun ini adalah tahun terakhirnya bersama Terengganu kerana beliau perlu mencari pengalaman serta cabaran baharu untuk mengembangkan kerjayanya.

    Beliau berkata tempoh tujuh tahun bersama skuad Terengganu adalah waktu yang panjang menyebabkan beliau agak berat hati untuk meninggalkan bumi Darul Iman. Menurut Nafuzi beliau berazam untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin demi memastikan pasukan hitam putih mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia dan impian bersaing di pentas Piala AFC musim depan tercapai.

    Dalam pada itu, Nafuzi turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat skuad Penyu yang sentiasa memberi sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada beliau sejak dahulu lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...