Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nafuzi enggan layan khabar angin

    KUALA NERUS, 30 SEPT – Jurulatih muda yang sedang meningkat naik, Nafuzi Zain enggan melayan khabar angin mengenai perpindahannya dari bumi Darul Iman ke negeri Jelapang Padi musim depan.

    Sebaliknya beliau menegaskan tumpuannya kini hanya terarah kepada tugas kejurulatihan bersama skuad Sang Penyu musim ini yang masih berbaki dua bulan.

    Menurut Nafuzi, beliau menganggap khabar angin tersebut sebagai lumrah dalam dunia bola sepak, dan tidak sesekali menjejaskan fokus serta misinya untuk membawa Terengganu FC (TFC) ke pentas Piala Konfederansi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan.

    “Saya tak mahu layan benda-benda khabar angin yang tak sahih. Cakap-cakap dan desas-desus di media sosial itu biarkanlah. Fokus sekarang ialah untuk memastikan Terengganu layak ke Piala AFC tahun depan.

    “Selain itu kami juga masih ada Piala Malaysia. Sasaran kami pastilah untuk layak ke final.

    “Insya-Allah kalau ada rezeki kami mahu membawa trofi berprestij itu ke Terengganu sebagai hadiah untuk penyokong bola sepak,” katanya ketika sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak petang semalam.

    Mengulas lanjut, Nafuzi berkata setakat ini beliau masih belum menerima sebarang tawaran daripada pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda