Wednesday, September 28, 2022
32.3 C
Brunei

Nafuzi mahu pemain fokus saingan Liga Super

-

KUALA NERUS, 13 SEPT – Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mahu semua anak buahnya melupakan kekalahan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala FA, Sabtu lepas.

Sebaliknya pengendali Skuad Penyu itu mahu para pemainnya memfokuskan kepada perlawanan Liga Super menentang Penang FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam esok.

Nafuzi berkata, TFC perlu mengutip tiga mata penuh pada perlawanan tersebut untuk merebut kedudukan tiga teratas liga, seterusnya melayakkan mereka beraksi di pentas lebih besar iaitu Piala Asia pada tahun hadapan.

“Paling penting sekarang ini untuk kembalikan motivasi pemain kepada tahap yang tinggi selepas mood yang suram akibat kekalahan kepada JDT pada perlawanan akhir Piala FA.

Kita dah banyak keciciran mata selepas kalah dengan pasukan yang tidak sepatutnya dalam liga. Kali ini pemain kena ambil kesempatan cipta kemenangan, lebih-lebih lagi apabila beraksi di laman sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Menurut Nafuzi, selain mengembalikan semangat dan motivasi pemain, beliau juga perlu memastikan skuadnya bebas daripada masalah kecederaan dan kecergasan selepas mengharungi perlawanan berintensiti tinggi dengan JDT.

Namun, beliau tidak bercadang untuk melakukan rombakan atau perubahan besar pada skuad utama yang akan diturunkan pada perlawanan menentang skuad Harimau Kumbang itu nanti.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada tiga anak buahnya yang terpilih menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya bagi menghadapi Kejohanan Piala Raja Thailand yang akan berlangsung di Chiang Mai bermula 22 hingga 25 Sept ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Jepun beri penghormatan kepada Abe

TOKYO, 27 SEPT – Rakyat Jepun dan perwakilan asing memberikan penghormatan terakhir kepada bekas perdana menteri Shinzo Abe pada majlis pengebumian negara mengundang kontroversi...

Dibunuh hanya kerana salah eja

- Advertisment -