Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nafuzi mahu pemain TFC kekal momentum

    KUALA NERUS, 2 SEPT – Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain mahu anak buahnya meneruskan momentum kecemerlangan sekali gus meraih tiga lagi mata pada aksi Liga Super menentang Melaka United malam esok.

    Pengendali muda kelahiran Kelantan itu turut menggesa pemain supaya memanfaatkan kelebihan yang ada iaitu beraksi di laman sendiri di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi memastikan pasukan lawan pulang dengan tangan kosong.

    Menurut Nafuzi, selain memotivasikan pemain, kemenangan itu juga penting untuk membolehkan skuad Penyu kekal bersaing dalam kelompok teratas liga, sekali gus mencapai sasaran menjadi tiga pasukan terbaik musim ini.

    “Tiga kemenangan berturut-turut dalam perlawanan sebelum ini membuka semula peluang Terengganu untuk menamatkan liga di kedudukan tiga pasukan terbaik.

    “Saya akui jarak mata dengan pencabar terdekat, Negeri Sembilan FC (NSFC) agak jauh iaitu tujuh mata, tetapi jika kita mampu memenangi baki enam perlawanan, insya-Allah peluang itu tetap ada dan terbuka,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Gong Badak, semalam. – Bernama

    Aksi pemain Terengganu FC II Mohammad Ridzuan Mohd Razali (kanan) dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada 21 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda