Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nafuzi sukar pilih skuad utama ke final Piala FA

    KUALA NERUS, 7 SEPT – Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain mengakui sukar untuk menentukan kesebelasan utama pemain yang akan diturunkan pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.

    Ia memandangkan semua pemain sedang berada di tahap prestasi terbaik dan bersedia untuk diturunkan pada perlawanan menentang pasukan gergasi bola sepak negara, Johor Darul Ta’zim (JDT).

    Malah menurut Nafuzi, hubungan rapat dengan anak buahnya juga menjadikan beliau serba salah untuk membuat pilihan yang tidak akan mengecewakan mana-mana pemain yang sebahagian besarnya belum mempunyai pengalaman beraksi di pentas perlawanan akhir.

    “Sebagai bekas pemain, saya amat memahami keghairahan dan keinginan mereka untuk beraksi di pentas akhir. Apatah lagi peluang ini hadir hanya selepas tempoh 11 tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda