Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas bas dan trak, ragut 13 jiwa

    NEW DELHI, 28 DIS – Kira-kira 12 orang terbunuh apabila sebuah bas penumpang dan sebuah lori bertembung di negeri Madhya Pradesh di tengah India semalam.

    Seorang pegawai polis semasa ditemui wartawan berkata bas itu terbalik dan terbakar akibat perlanggaran itu.

    Dalam kejadian tersebut, 16 orang turut cedera dalam nahas yang berlaku di daerah Guna, kira-kira 180 kilometer (km) dari ibu negeri Bhopal.

    Ketua Menteri, Madhya Pradesh Mohan Yadav, mengarahkan siasatan berhubung kemalangan itu.

    Beliau mengarahkan pentadbiran daerah menyediakan 400,000 rupee kepada keluarga setiap orang yang terkorban dan 50,000 rupee kepada mangsa yang cedera parah.

    Beratus ribu orang terbunuh dan cedera dalam kemalangan jalan raya pada setiap tahun di India, dengan kurangnya kemahiran memandu dan ingkar peraturan lalu lintas menjadi antara punca utama nahas.

    Menurut data rasmi, Madhya Pradesh merekodkan sebanyak 54,432 kes kemalangan jalan raya pada 2022 dengan 13,427 orang terbunuh manakala 55,168 lagi cedera. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda