Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas bas mini di Mesir ragut 9 nyawa

    KAHERAH, 6 JULAI – Sembilan orang terbunuh dan 11 lagi cedera di utara Mesir kelmarin apabila dua buah bas mini bertembung di lebuh raya yang sibuk di Delta Nil, kata Kementerian Kesihatan.

    Nahas berhampiran perkampungan Bani Salama, kira-kira 50 kilometer di utara Kaherah, merupakan kemalangan maut kedua di lebuh raya yang sama dalam masa lebih seminggu.

    Pada 27 Jun, 19 orang terbunuh, kebanyakannya remaja perempuan bekerja sebagai buruh harian, apabila sebuah lori bertembung dengan bas mini mereka.

    Presiden Abdel Fattah al-Sisi,  kelmarin mengarahkan pihak berkuasa untuk meningkatkan usaha keselamatan jalan raya, termasuk meneliti penutupan bahagian lebuh raya dalam penyelenggaraan dan menyediakan lencongan yang selamat, kata pejabatnya dalam satu kenyataan.

    Beliau juga menggesa supaya mengambil tindakan undang-undang segera terhadap pesalah termasuk penguatkuasaan yang lebih ketat untuk mengekang kelajuan dan muatan kenderaan yang berlebihan.

    Jalan raya Mesir meragut ribuan nyawa setiap tahun, dengan kemalangan sering dipersalahkan kerana kecuaian memandu, di samping penyelenggaraan dan penguatkuasaan undang-undang yang lemah.

    Kemalangan amat kerap berlaku di kawasan luar bandar, di mana pengangkutan tidak terkawal – selalunya pada bas mini yang penuh sesak – digunakan untuk mengangkut para pekerja ke ladang dan kilang. – AFP

    Envato

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda