Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas bas ragut 11 nyawa, 43 cedera

    RABAT, 22 NOV – Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 43 cedera apabila bas dinaiki mereka terbalik di lebuh raya di utara Maghribi, kata pihak berkuasa.

    Kenderaan itu dikatakan terbalik beberapa kilometer dari bandar Taza di timur laut pergunungan negara itu.

    Susulan itu, pihak berkuasa membuka siasatan mengenai bencana itu.

    Bas jarak jauh digunakan secara meluas di Maghribi, terutamanya di kawasan luar bandar berikutan tiada kenderaan sendiri.

    Difahamkan, kemalangan jalan raya adalah perkara biasa dan selalunya mengakibatkan kematian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda