Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Nahas bas ragut 28 jiwa di utara India

SHIMLA, India, 20 Julai – Kira-kira 28 orang terbunuh dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang terbabas dan terjunam 200 meter ke dalam gaung di negeri Himachal Pradesh, hari ini.

Xinhua yang memetik jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku di sebuah lebuh raya berhampiran Rampur, kira-kira 120 kilometer dari ibu negeri Himachal Pradesh, Shimla.

Bas yang membawa 40 penumpang termasuk pemandu dan konduktor bas itu dalam perjalanan dari daerah Kinnaur menuju ke destinasi pelancongan di Solan.

“Pemandu bas sewa khas itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan bas yang dipandunya terbabas dan menjunam ke dalam gaung. Setakat ini, 28 mayat mangsa telah dikenal pasti manakala tujuh lagi mangsa yang cedera telah dibawa keluar daripada bas yang remuk itu,” kata jurucakap itu.

Usaha mengeluarkan beberapa lagi mangsa yang tersepit masih dilakukan, katanya, yang tidak menolak kemungkinan angka kematian mungkin bertambah. Punca kemalangan masih dalam siasatan, katanya. – Bernama/AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -