Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas bas ragut 9 nyawa

    SAO PAULO, 12 APRIL – Sebuah bas terbabas dilebuh raya di timur laut Brazil dan terbalik kelmarin, membunuh kira-kira sembilan orang dan mencederakan lebih 20 yang lain, kata pihak berkuasa.

    Bas itu dalam perjalanan dari Rio de Janeiro di tenggara ke bandar pelancongan Porto Seguro di negeri Bahia apabila ia terbabas dari jalan raya sekitar 4 pagi, kata Polis Lebuhraya Persekutuan (PRF). Terdapat 34 orang di dalam bas tersebut.

    Pihak berkuasa tidak mengeluarkan butiran mengenai keadaan mereka yang cedera atau kerakyatan mangsa, tetapi berkata kedua-dua pemandu bas itu tidak cedera.

    Salah seorang mangsa cedera kemudian meninggal dunia di hospital berdekatan, kata pejabat datuk bandar Teixeira de Freitas, bandar tempat kemalangan itu berlaku, dalam laman webnya.

    Media Brazil menyiarkan imej bas biru dan putih yang terletak di sisinya di lebuh raya BR-101. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda