Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas Boeing Max, pegawai AS kecam laporan Ethiopia

    WASHINGTON, 29 DIS – Penyiasat nahas AS berkata pihak berkuasa Ethiopia gagal mempertimbangkan semua faktor yang menyebabkan kematian selepas sistem kawalan penerbangan utama tidak berfungsi dalam nahas pesawat Boeing 737 Max pada 2019.

    Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan bersetuju dengan kesimpulan pegawai Ethiopia bahawa sistem pe-nerbangan automatik bertanggungjawab terhadap nahas tersebut. Bagaimanapun, ahli lembaga tersebut turut menyalahkan juruterbang, bagi penggunaan tidak menepati untuk mengawal pesawat tersebut secara manual.

    Lembaga AS berkata Ethiopian Airlines gagal melatih juruterbang bagaimana untuk bertindak balas apabila pesawat menjunam tanpa diduga.

    Penyiasat AS berkata penderia yang menghantar bacaan yang salah kepada sistem kawalan penerbangan, menyebabkan ia tidak berfungsi, mungkin telah rosak apabila pesawat itu melanggar burung sejurus selepas berlepas. – AP

    Bangkai pesawat yang bertimbun di tempat nahas pesawat Ethiopian Airlines ET302 berhampiran Bishoftu, Ethiopia, 11 Mac 2019. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda