Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas di Lake Tekapo: Hanya seorang pelajar masih dirawat

    PUTRAJAYA, 10 APRIL – Hanya seorang pelajar Malaysia yang masih menerima rawatan susulan di Hospital Christchurch, New Zealand susulan kemalangan jalan raya membabitkan lima pelajar Malaysia di Lake Tekapo, New Zealand pada 30 Mac lepas.

    Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan hari ini berkata dua lagi pelajar yang cedera telah dibenarkan keluar dari hospital.

    Mengenai dua pelajar yang meninggal dunia dalam nahas itu, jenazah seorang daripada pelajar itu telah selamat dikebumikan di Christchurch, New Zealand manakala jenazah seorang lagi pelajar telah dibawa pulang dan selamat dikebumikan di Malaysia.

    Justeru, menurut Wisma Putera, segala urusan kebajikan pelajar terlibat telah selesai.

    Kementerian itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk kerajaan New Zealand, Hospital Timaru, Hospital Christchurch, Universiti Canterbury, masyarakat Malaysia di Christchurch dan pihak lain yang terlibat, yang sama ada secara langsung atau tidak langsung, membantu dalam memudahkan dan memastikan kebajikan pelajar dijaga dengan baik. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda