MANILA, 6 OGOS – Seorang maut dan hampir 100 orang terpaksa diselamatkan selepas sebuah feri di tengah Filipina melanggar serpihan terapung di laut dan dinaiki air kelmarin, kata polis.
Kemalangan melibatkan King Sto. Nino 7, yang membawa 98 orang, itu adalah yang ketiga berlaku di negara itu dalam masa lebih seminggu, menurut polis.
Kesemua penumpang kapal itu diselamatkan, kecuali seorang penumpang wanita yang mengalami serangan jantung dan meninggal dunia semasa cuba menyelamatkan diri sementara air mencurah masuk ke dalam kapal kayu semasa cuaca cerah di luar bandar pulau Corcuera di wilayah Romblon, kata pegawai-pegawai.
Selepas beberapa penumpang berjaya meminta bantuan, anggota pengawal pantai dan bot feri berhampiran menghampiri untuk menyelamatkan 93 penumpang dan lima anak kapal, yang dibawa ke kampung berhampiran, kata ketua polis Corcuera, Kapten Rosie Galus kepada The Associated Press melalui telefon. – AP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P10-2Feri-WEB_07082023.jpg)