Sunday, December 22, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas helikopter, 3 askar terbunuh

    LOS ANGELES, 28 APRIL – Tiga askar Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan seorang lagi cedera apabila dua helikopter yang kembali dari misi latihan di kawasan terpencil Alaska kelmarin bertembung di udara, menurut Tentera AS.

    Dua askar telah diisytiharkan mati di tempat kejadian berhampiran Healy, Alaska, manakala yang ketiga meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital, Divisyen Tentera Udara ke 11 berkata dalam satu kenyataan.

    Manakala askar keempat sedang dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dalam nahas itu.

    “Ini adalah satu kehilangan yang luar biasa untuk keluarga askar, rakan-rakan mereka, dan divisyen itu sendiri,” kata Mejar Jeneral Brian Eifler, Jeneral Komandan Divisyen Tentera Udara ke-11.

    Tentera AS belum mengenal pasti askar yang terlibat dalam insiden itu, dan berkata nama mereka akan dirahsiakan sehingga 24 jam selepas waris dimaklumkan. Pasukan kecemasan tiba di tapak, kira-kira 400 kilometer di utara Anchorage, tidak lama selepas dua helikopter AH-64 Apache dari pangkalan Fort Wainwright ‘berlanggar semasa penerbangan.’

    Insiden berkenaan masih dalam siasatan, menurut tentera, yang tidak menyatakan punca pertembungan itu. – AFP

    Helikopter AH-64 Apache terhempas ketika dalam misi latihan di Alaska baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda