Thursday, October 10, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas helikopter Australia: Juruterbang terbunuh di bawah pengaruh alkohol

    SYDNEY, 10 OKT – Seorang juruterbang yang terbunuh apabila helikopter yang dipandunya terhempas ke sebuah hotel di Australia semasa penerbangan tanpa kebenaran didapati berada di bawah pengaruh alkohol pada masa kejadian, menurut satu siasatan.

    Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) hari ini telah memuktamadkan siasatan mereka mengenai nahas yang berlaku pada awal pagi 12 Ogos, menyimpulkan bahawa juruterbang berusia 23 tahun, Blake Wilson, telah mengambil helikopter dari hangar lapangan terbang untuk penerbangan yang tidak perlu dan tanpa kebenaran semasa dipengaruhi alkohol.

    Wilson meninggal dunia apabila helikopter Robinson R44 yang dipandunya terhempas ke bumbung sebuah hotel di bandar Cairns di timur laut pada kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan pada 12 Ogos. Nahas itu menyebabkan kira-kira 400 tetamu hotel terpaksa dipindahkan. – Xinhua

    Gambar fail bertarikh 12 Ogos menunjukkan tingkap pecah selepas sebuah helikopter terhempas ke bumbung Hotel Double Tree by Hilton, di Cairns. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda