Friday, May 9, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas helikopter bulan lalu disyaki meletup di udara sebelum terhempas

    NEW YORK, 8 MEI – Pihak berkuasa persekutuan Amerika Syarikat kelmarin telah mendedahkan imej helikopter pelancongan New York City yang terhempas bulan lalu, memperlihatkan pesawat itu meletup di udara sebelum terhempas dan meragut enam nyawa.

    Beberapa siri gambar pegun dari rakaman kamera litar tertutup menunjukkan fiuslaj helikopter yang mengandungi enjin dan rotor terpisah daripada ekor helikopter. Bilah rotor dan transmisi kemudiannya tercabut dari kabin yang membawa penumpang dan juruterbang.

    Imej-imej ini dimasukkan dalam laporan awal oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).

    “Beberapa saksi mendengar beberapa dentuman kuat dari helikopter sebelum ia pecah dan jatuh ke sungai,” menurut laporan itu.

    Peguam penerbangan dan bekas juruterbang helikopter Marin, Justin Green, berkata imej-imej itu menunjukkan ekor helikopter gagal berfungsi, kemungkinan besar akibat bilah utama mengenai ekor ketika dalam penerbangan. – AFP

    Gambar yang disediakan oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) menunjukkan pasukan NTSB meninjau bangkai helikopter Bell 206L-4 yang terhempas di Sungai Hudson, Jersey, pada 10 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda