Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Nahas helikopter, tujuh maut di Itali

    ROM, 12 JUN – Sebuah helikopter yang hilang daripada radar trafik udara pada Khamis lalu telah ditemukan dan kesemua tujuh penumpang disahkan terkorban, menurut pihak berkuasa Itali kelmarin.

    Seorang pengembara yang melalui kawasan berhampiran Monte Cusna, sebuah gunung di wilayah tengah Itali Emilia Romagna berhampiran sempadan dengan Tuscany telah menghubungi pihak berkuasa selepas menemui serpihan bangkai pesawat itu, lapor Xinhua.

    Menurut laporan, seorang juruterbang, seorang warga Itali, termasuk empat warga Turki dan dua rakyat Lubnan terkorban dalam nahas itu. Pihak berkuasa Itali telah menjalankan operasi mencari bagi mengesan helikopter dan penumpangnya sejak Khamis.

    Helikopter itu dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari bandar Tuscan Lucca ke Treviso, sebuah bandar yang terletak di utara Venice.

    Pegawai Itali masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai punca nahas. Pihak berkuasa tempatan berjaya menemukan lima mayat kelmarin.

    Beberapa jam kemudian, dua lagi mayat ditemukan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...