Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nahas jalan raya meningkat

    SUNGAI PETANI, 29 Jun – Jumlah kemalangan jalan raya di seluruh negara mencatatkan peningkatan sebanyak 1,620 kes atau 10 peratus iaitu 17,147 kes setakat 11 hari pelaksanaan Op Selamat 11/2017 yang bermula 18 Jun lepas berbanding 15,527 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

    Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman SAC Sharul Othman Mansor berkata bagaimanapun jumlah kemalangan maut menurun sebanyak 36 kes atau 17 peratus pada 172 kes berbanding 208 kes tahun lalu. “Jumlah kematian turut menurun sebanyak 48 kes atau 21 peratus iaitu 185 kes berbanding 233 kes bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya kepada pemberita semasa melawat petugas trafik memeriksa lalu lintas sempena Op Selamat 11/2017 dekat sini, hari ini. Sharul Othman berkata pertambahan kenderaan adalah antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes kemalangan itu dengan kira-kira 27 juta kenderaan berdaftar berada di atas jalan raya di seluruh negara setakat ini.

    “Jalan yang kerap berlaku kemalangan sehingga mencatakan peningkatan ini ialah di jalan persekutuan. Dalam Op Selamat ini kita mendapati tempoh paling ketara kemalangan banyak berlaku ialah dua hari sebelum hari raya,” katanya. – Bernama

    SAC Sharul Othman Mansor (tengah) beramah mesra dengan anggota yang bertugas pada Op Selamat 11 sempena sambutan Aidilfitri kelmarin. – Bernama
    SAC Sharul Othman Mansor (tengah) beramah mesra dengan anggota yang bertugas pada Op Selamat 11 sempena sambutan Aidilfitri kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda